B. Indonesia

Pertanyaan

contoh syair bidasari

2 Jawaban

  • Dengarkan tuan suatu riwayat
    Raja di desa negeri kambayat
    Dikarang oleh fakir dijadikan hikayat
    Supaya menjadi tamsil ibarat

    Ada raja suatu negeri
    Sultan halifah akas bestari,
    Asalnya baginda raja yg bahari
    Melimpah ngadil dagang senter

    Hairan orang empunya tamasnya
    Baginda itulah raja perkasa
    Sangat tiada merasai susah
    Entah pada esok dan lusa

    Seri sultan raja bestari
    Setelah ia sudah beristri
    Beberapa bulan beberapa hari
    Hamillah puteri permaisuri

    Beberapa lamanya dalam kerajaan
    Baginda duduk bersuka sukaan
    Datanglah beroleh kedukaan
    Baginda meninggalkan tahta

    Datanglah kepads suatu masa
    Melayanglah unggas dari angkasa
    Unggas gurda sangat perkasa,
    Menjadi negeri rosak binasa


    Datanglah menyambar suara bahana
    Gemparlah sekalian mulia dan hina
    Seisi negeri gundah gulana
    Membawa diri kemana mana

    Baginda pun sedang dihadap orang
    Mendengar gempar seperti perang
    Bertitah baginda raja yg garang
    "Gempar ini apakah kurang"
  • Syair Bidasari Rangkap 1
              Dengarkan tuan suatu riwayat           Raja di desa Negeri Kembayat           Dikarang fakir dijadikan hikayat           Supaya menjadi tamsil ibarat
    Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.
    Rangkap 2
              Ada raja suatu negeri,           Sultan halifah akas bestari,           Asalnya baginda raja yang bahari,           Melimpah ngadil dagang senteri.
    Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
    Rangkap 3
               Hairan orang empunya temasya,            Baginda itulah raja perkasa,            Sangat tiada merasai susah,            Entah pada esok dan lusa.
    Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.
    Rangkap 4
              Seri sultan raja bestari,           Setelah ia sudah beristeri,           Beberapa bulan beberapa hari,           Hamillah puteri permaisuri.
    Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
    Rangkap 5
              Beberapa lamanya dalam kerajaan,           Baginda duduk bersuka-sukaan,           Datanglah beroleh kedukaan,           Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
    Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
    Rangkap 6
              Datanglah kepada suatu masa,           Melayanglah unggas dari angkasa,           Unggas gurda sangat perkasa,           Menjadi negeri rosak binasa.
    Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
    Rangkap 7
              Datanglah menyambar suaranya bahana,           Gemparlah sekalian mulia dan hina,           Seisi negeri gundah-gelana,           Membawa diri ke mana-mana.
    Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
    Rangkap 8
              Baginda pun sedang dihadap orang,           Mendengar gempar seperti perang,           Bertitah baginda raja yang garang,           "Gempar ini apakah kurang."

    Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

Pertanyaan Lainnya